Selasa, 27 Disember 2011

Biodata Badrol Bakhtiar [Kenali Pemain]



Biodata Badrol Bakhtiar
Nama penuh : Baddrol Bin Bakhtiar
Tarikh Lahir : 1 Februari 1988 ( umur 23 )
Tempat Lahir : Sungai Petani , Kedah
Tinggi : 1.82 m
Posisi : Sayap / Tengah 
Kelab Terkini : Kedah 


Review Ringkas Mengenai Beliau

Badrol Bakhtiar merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama pasukan Kedah . Badrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden . Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia (Sukma) Kedah pada tahun 2006.

Badrol diserapkan ke skuad Utama Kedah pada musim 2006/07 . Beliau bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K.Soley di bahagian sayap kiri . Pemergian K.Soley ke Perlis membuka peluang untuk Badrol beraksi dalam kesebelasan utama . 

Pada musim 2007/08 , Badrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super , 2 gol Piala Malaysia , Piala FA dan Piala AFC . 

Prestasi yang membanggakan itu membuatkan menarik minat kelab Chelsea untuk membawanya bersama Bunyamin Omar untuk berlatih selama 2 minggu di Stamford Bridge pada tahun 2008 .




"Jaringan Emas Penalti Badrol Bakhtiar" 
membolehkan Malaysia menjuarai acara bola sepak Sukan Sea 2011 .

Ahad, 25 Disember 2011

Biodata Akmal Rizal [Kenali Pemain]



Nama Penuh : Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Posisi : Penyerang

Tarikh Lahir : 12 Disember 1981 (Umur 30)

Tempat Lahir : Jitra , Kedah , Malaysia

Tinggi : 1.7 m

Status : Berkahwin

Hobi : Main Golf

Sukan Lain Yang Diminati : Tenis

Kelab Bola Sepak Luar Yang Diminati : Chelsea

Pemain Bola Sepak Yang Diminati : Romario , Lionel Messi



Akmal Rizal (Malaysia vs UAE)



Penampilan Bersama Skuad Kebangsaan : 22 kali (9 gol)

Kelab Sekarang : Perak

Kelab Terdahulu : 

Kedah 1999

RC Strasbourg (Perancis) 1999-2000

FCSR Haguenau (Perancis-Pinjaman) 2000-2001

Kedah 2002-2006

Selangor 2006-2008

Kuala Muda Naza FC 2009

Kelantan 2010

Perak 2011-2012






Sabtu, 24 Disember 2011

Biodata Amirul Hadi Zainal [Kenali Pemain]



Kelab terkini : Selangor

Posisi : Tengah / Sayap

Caps pasukan kebangsaan : 13 (3 gol )





Mohd Amirul Hadi Zainal
 (lahir pada 27 Mei1986 di Melaka) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Selangor FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga adalah anak kepada bekas pemain Selangor pada era 90-an iaitu Zainal Nordin.


Selamat Maju Jaya Dari Kami .

Rabu, 21 Disember 2011

Ranking Malaysia Fifa Yang Terbaru

Pada bulan ini ranking Fifa menunjukkan Malaysia telah naik 7 anak tangga dari kedudukan 155 ke kedudukan 148.


Manakala di kalangan negara Asia , Malaysia menduduki tangga ke 24.

Isnin, 19 Disember 2011

Piala Permai - Kelantan VS Persebaya FC


JUARA Liga Super 2011, Kelantan bakal melayan kunjungan juara Liga Prima Indonesia (IPL), Persebaya FC bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) dalam perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada 23 Disember ini.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan, Datuk Ismail Md Nor berkata, perlawanan tersebut diadakan secara timbal balik di mana Kelantan akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama.

“Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Gelora, Surabaya pada 28 Disember dan majlis penyampaian hadiah trofi Permai akan diadakan sejurus perlawanan kedua tersebut berakhir.

“Dalam konteks hubu­ngan dua hala di antara kedua-dua negara, saya percaya ianya dapat dipertingkatkan menerusi penganjuran perlawanan ini.

“Malah perlawanan ini juga pasti menarik memandangkan bakal menemukan juara liga daripada kedua-dua negara terbabit.

Menurut Ismail, perlawanan ini merupakan anjuran bersama Liga Prima Indonesia (IPL) dengan Malaysia Super League (MSL) dan dipersetujui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Kelantan sudah pasti tampil dengan barisan ter­kuatnya termasuk empat pemain import, manakala Persebaya FC juga difahamkan mempunyai empat pemain import dari Brazil dan Australia. Selain itu, pemain skuad bawah 23 tahun Indonesia yang memenangi pingat perak dalam Sukan Sea lalu, Andik Vermansyah juga turut mewakili pasukan tersebut,” katanya.

Ismail berkata, tiket bagi menyaksikan perlawanan tersebut ialah RM12 bagi tempat duduk terbuka, RM15 (Astaka Dua), RM25 (Astaka Utama) manakala tiket kanak-kanak berharga RM5 akan mula di jual pada hari perlawanan nanti.

Pertemuan dua pasukan juara ini juga bakal disaksikan berjuta-juta peminat bola sepak di kedua-dua negara memandangkan ia akan disiarkan secara langsung oleh Astro, selaku penaja utama Liga Malaysia musim depan.

Sumber : Kelate.Net

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan dari kami. Inform-Bola akan berusaha untuk menyediakan info dan berita-berita bola sepak yang khas untuk anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...