Selasa, 27 Disember 2011

Biodata Badrol Bakhtiar [Kenali Pemain]



Biodata Badrol Bakhtiar
Nama penuh : Baddrol Bin Bakhtiar
Tarikh Lahir : 1 Februari 1988 ( umur 23 )
Tempat Lahir : Sungai Petani , Kedah
Tinggi : 1.82 m
Posisi : Sayap / Tengah 
Kelab Terkini : Kedah 


Review Ringkas Mengenai Beliau

Badrol Bakhtiar merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama pasukan Kedah . Badrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden . Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia (Sukma) Kedah pada tahun 2006.

Badrol diserapkan ke skuad Utama Kedah pada musim 2006/07 . Beliau bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K.Soley di bahagian sayap kiri . Pemergian K.Soley ke Perlis membuka peluang untuk Badrol beraksi dalam kesebelasan utama . 

Pada musim 2007/08 , Badrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super , 2 gol Piala Malaysia , Piala FA dan Piala AFC . 

Prestasi yang membanggakan itu membuatkan menarik minat kelab Chelsea untuk membawanya bersama Bunyamin Omar untuk berlatih selama 2 minggu di Stamford Bridge pada tahun 2008 .




"Jaringan Emas Penalti Badrol Bakhtiar" 
membolehkan Malaysia menjuarai acara bola sepak Sukan Sea 2011 .

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...