Ahad, 29 Januari 2012

Biodata Fakri Saarani [Kenali Pemain]



Biodata Fakri Saarani
Nama Penuh : Ahmad Fakri Bin Saarani
Tarikh Lahir : 8 Julai 1989 ( umur 22 )
Tempat Lahir : Kota Bharu , Kelantan
Posisi : Penyerang / Sayap Kanan

Kelab Terkini : Felda United

Kelab Terdahulu : Negeri Sembilan , Perlis , Harimau Muda , Perak
   

Aksi Fakri - Malaysia vs Arsenal

Review Ringkas Mengenai Beliau

Fakri Saarani telah dilahirkan di Kota Bharu , Kelantan tetapi membesar di Batu Gajah , Perak . Memulakan karier dengan mewakili pasukan Perak .

Pada 24 Mac 2007 dia membuat penampilan pertama bersama pasukan Perak ketika menentang Negeri Sembilan dan beliau berjaya menjaringkan hattrick dengan berkesudahan Perak menang 5-1.

Fakri turut bermain untuk pasukan Malaysia pada Sukan Sea ke-26 di Indonesia. Walaupun timbul pelbagai kontoversi berhubung prestasi beliau, Fakri akhirnya berjaya membawa Malaysia ke peringkat akhir di mana beliau telah menjaringkan gol kemenangan Malaysia semasa menentang Myanmar pada peringkat separuh akhir .Malaysia menang 1-0.

Pada peringkat akhir menentang Indonesia dimana kemenangan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Fakri merupakan antara 5 orang yang melakukan sepakan tersebut bersama Mahali Jasuli, Fandi, Mohd Fadhi Mohd Shas dan Baddrol Bakhtiar. Namun, sepakan beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia. Malaysia menang dengan keputusan 5-4.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...