Selasa, 24 Januari 2012

Biodata Shahrulnizam Mustapa [Kenali Pemain]


Biodata Shahrulnizam Mustapa
 Nama Penuh : Shahrulnizam Bin Mustapa
Tarikh Lahir : 2 April 1981 ( Umur 30 )
Tempat Lahir : Ipoh , Perak
Tinggi : 1.73 m
Posisi : Tengah
Kelab Terkini : Perak

Aksi Terbaru : Perak vs Johor FC

Aksi Shahrul ketika Malaysia vs Chelsea


Review Ringkas Mengenai Beliau

Shahrulnizam telah memulakan karier beliau dengan menyertai pasukan PDRM pada tahun 2001 , selepas satu musim bersama PDRM beliau berhijrah pula ke pasukan Perak pada tahun 2002.

Beliau merupakan antara pemain skuad Perak yang menjuarai Liga Premier Malaysia 2002 dan 2003.

Setelah bermain dengan cemerlang bersama pasukan Perak selama 6 tahun , pada tahun 2008 jurulatih Kedah ketika itu Azraai Khor telah berminat untuk menyenaraikan beliau untuk beraksi bersama skuad Hijau Kuning .

Memori lama : Shahrulnizam merupakan kapten pasukan Kedah suatu ketika dahulu

Selepas 2 tahun menabur bakti bersama skuad Kedah , Shahrulnizam telah kembali ke pasukan Perak pada tahun 2011 . Beliau juga merupakan kapten skuad Perak.

Mampukah Shahrulnizam Mustapa mengetuai pasukan Perak menjuarai satu piala sasaran Perak FA pada tahun ini ? sama-sama kita nantikannya .





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

shahrulnizam merupakan pemain yang disegani dan rajin ditengah padang...bekas pemain sekolah rendah sri inta,sekolah menengah anderson

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...