Rabu, 25 Januari 2012

Biodata Shukor Adan [Kenali Pemain]

Shukor Adan

Biodata Shukor Adan
Nama Penuh : Mohammad Shukor Adan
Tarikh Lahir : 24 September 1979 ( umur 32 )
Tempat Lahir : Melaka

Shukor Adan - Mempunyai Kemahiran Untuk Membuat Sepakan Percuma
Review Ringkas Mengenai Beliau

Shukor Adan memulakan karier sebagai pemain bola sepak dengan mewakili pasukan bawah 18 tahun Melaka pada tahun 1995 sehingga 1998 . Pada tahun 1998 dia telah ditawarkan untuk beraksi bersama pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan ketika itu .

Pada tahun 2000 dia telah ditawarkan untuk bermain dengan skuad utama Negeri Sembilan . Jodohnya bersama pasukan Negeri Sembilan tidak lama , setahun selepas itu dia telah ditawarkan untuk beraksi bersama pasukan Selangor pada tahun 2002 .

Selepas beraksi dari 2002 hingga 2008 bersama pasukan Merah Kuning kini dia telah kembali beraksi bersama pasukan lamanya iaitu Negeri Sembilan .

Shukor Adan - Kapten Negeri Sembilan ketika Piala Malaysia 2011

Aksi Shukor Adan bersama skuad kebangsaan
Dia mula beraksi bersama skuad kebangsaan ketika Kelayakan Piala Dunia 2002 . Shukor juga merupakan tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi pingat perak pada Sukan Sea 2001 .

Pada tahun 2008 , Shukor telah mewakili pasukan Malaysia menentang Chelsea . Pada perlawanan tersebut Malaysia tewas 2-0 kepada Chelsea . Meskipun tewas jurulatih Chelsea ketika itu Luiz Felipe Scolari memuji barisan pemain Malaysia yang memberi tentangan sengit .

Penampilan Bersama Skuad Kebangsaaan : 43 kali ( 3 gol )

Beliau merupakan pemain kelahiran Melaka . Pastinya penyokong bola sepak Melaka mengharapkan beliau kembali beraksi bersama negeri kelahirannya untuk menaikkan semula taring pasukan Melaka seperti suatu masa ketika dulu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...