Jumaat, 27 Januari 2012

Silverstate Ultras Kumpulan Penyokong Terbaik Di Malaysia ?


Silver State Ultras

Idea bermula: SSU telah wujud pada sekitar pertengahan tahun 2009 selepas kewujudan Ultras Malaya pada tahun 2007. SSU mula dicreate dan dicetuskan oleh saudara Azrul A.K.A Capo SSU dan Ultras Malaya. Idea untuk mewujudkan SSU adalah seiring dengan perkembangan budaya ultras di dalam Malaysia. Dengan reputasi , revolusi pasukan, hilangnya penyokong-penyokong tegar perak dan ketidak stabilan pasukan serta pengurusan bolas sepak Perak juga adalah salah 1 faktor wujudnya SSU ini untuk mengembalikan semangat penyokong perak dan kegemilangan bola sepak perak yang telah pudar akibat daripada pasukan yang tidak konsisten. Disamping itu juga membawa sesuatu kelainan dan kejutan budaya didalam dunia bola sepak Perak dengan cara menyokong yang agak berbeza daripada yang selalu kita lihat dan sedia ada.

Berkelana: Setelah idea ini tercetus, saudara Azrul memulakan langkahnya dengan mencipta banner SSU yang pertama dan classic sebagai permulaan. Seperti dibawah…


1st Banner SSU
Tidak terhenti disitu Azrul mula mencari rakannya di dalam kalangan UM untuk bersama-sama beliau bergerak di dalam SSU ini dengan lebih lancar dan teratur. Akhirnya hajat beliau tercapai apabila berjumpa MR.Labu,Raihan,Doddy dan Fazrul iaitu anak kelahiran perak dan penyokong sejati perak.Di dalam Harimau malaya.com/forum adalah salah satu tempat dimana mereka berkelana,berdiskusi dan berbincangkan mengenai pergerakkan SSU ini. Tred atau post yang pertama telah dibuka oleh Azrul di dalam forum itu adalah pada bulan september 2009(sudah hilang) sebagai langkah permula SSU untuk bergerak tetapi terdapat beberape halangan yang telah membantutkan hasrat mereka untuk bergerak dengan lebih awal pada tahun itu. Akhirnya mereka memilih untuk bergerak pada  tahun 2010 sebagai langkah permulaan SSU yang sangat strategi dan Performansi di awal musim liga super 2010 pada ketika itu. Buktinya, Azrul membuka tred yang seterusnya di dalam forum HMC bertarikh 27 JAN 2010 sebagai langkah bukti mereka mula bergerak dan melakukan apa yang telah dirancang sebelum ini.



Sejarah tercipta: Kesungguhan dan semangat membara mengiringi perjalanan mereka untuk memulakan langkah pertama di stadium keramat Perak di Ipoh. Dan pada tarikh keramat  30 JAN 2010 perlawanan Liga Super 2010 Perak vs Johor FC, bermula la 1 era baru, revolusi dan wujudnya SSU di dalam dunia penyokong bola sepak perak. Datangnya budaya Ultras ke Ipoh untuk diseru dan ditaksubkan kepada penyokong-penyokong perak dan mengembalikan semangat serta kegemilangan pasukan Perak yang amat dicintai. Dengan berbekalkan semangat, wang dan tenaga mereka menuju ke Ipoh untuk melakukan tugas pertama mereka. Tidak mengira masalah, hal-hal semasa dan keadaan pasukan Perak yang tidak konsisten pada ketika itu, bukanlah sebagai satu halangan buat mereka untuk melakukan langkah permulaan mengembangkan dan mewujudkan budaya ultras ini.

KAMI DATANG OH DARI JAUH~~~
KAMI DATANG OH KERANAMU~~~
AYUH BANGKIT LAH KAMI SEMUA
UNTUK DIRIMU TERCINTA

KAMI DATANG OH DARI JAUH~~~
KAMI DATANG OH KERANAMU~~~
BERSATU HATI BERSATU PADU
KAMI LAH SILVERMANIA



Di KL sentral menaiki keretapi


Saat ketika berada dalam keretapi

Selamat tiba di Ipoh


Tiba di Stadium Perak

Menggantung banner SSU yang untuk kali yang pertama

Pertama kali Chant di Stadium keramat.

Kedudukan SSU dari tengah

Kedudukan SSU yang pertama pada ketika itu yang mula menapak di Ipoh credit to Jeroe

Credit to Abg Razlan


Misi diteruskan: Langkah dan misi pertama SSU telah pun terlaksana, walaupun peglibatan SSU yang pertama adakalanya mendapat pujian daripada segelintir penyokong-penyokong perak dan tidak kurang juga kedengaran suara-suara menghina, kata-kata yang kurang enak seperti ala… deme tu udah bebayo leh la sorak-sorak sambil nyanyi kalo tak bayo tak de nya deme nk wat cam gitu ada juga yang berkata kami ini seperti orang gila yang membuat bising di stadium perak, lagi-lagi di saat yang paling dikecam ketika menyanyi lagu “oh…perak JUARA” sbabnya pada masa tu Perak ketinggalan 0-3 kepada Johor FC. ADA KAMI KISAH?? Itu semua tidak menghalang SSU untuk terus bergerak dan terus maju ke hadapan. Dengan segala tohmahan yang diterima oleh SSU dijadikan sebagai perangsang dan semangat untuk lebih berjaya dengan apa yang tersemat di dalam hati kami.
Selangkah demi selangkah SSU bergerak dengan tidak mengira keringat dan segala jua kekurangan dalam diri sendiri. SSU meneruskan misinya dalam memperjuangkan budaya ultras,menyokong dan jati diri yang diterap oleh setiap ahlinya. SSU memainkan peranannya dengan menterjemahkan knowlegde dan maksud “ultras” yang dinamakan dalam kumpulan ini serta banner yang dibawa supaya lebih ramai penyokong perak mengetahui apa itu “ULTRAS” dan budaya yang diterapkan. Walaupun peningkatan ahli pada ketika itu boleh dibilang dengan jari dan agak pelahan(anggaran setaip game 1 ahli baru) tetapi ia adalah satu perkembangan yang positis kerana budaya ni lebih banyak atau mejoriti yang digemari oleh anak-anak muda serta ketabsuban mereka untuk menyertai SSU dan mengetahui lebih tentang budaya ini.  Tidak lupa kepada golongan-golongan yang telah berumur juga mengemari untuk menyertai SSU.



bergerak dan terus bergerak



Halangan: Pelbagai liku dan halangan yang ditempuhi SSU sebelum berjaya, terdapat juga perkara-perkara yang seakan tidak menjadi di dalam group ini. Alhamdulillah semua itu dapat kami atasi satu persatu. Disaat SSU sedang berkembang seperti suam-suam kuku pada ketika itu, SSU juga mengalami satu tragedi ketika cabaran piala malaysia 2010 sedang berlangsung dimana SSU boleh dikatakan seperti hangat-hangat taik ayam atau dipanggil semangat dedor. Dengan ahli yang sedikit,pengurusan yang kecik, komitmen dan hal-hal yang lain sedikit sebanyak menjejaskan group ni untuk berkembang. SSU seakan-akan lemah untuk berfungsi (masih berfungsi cuma selected game sahaja) kerana mengalami beberapa masalah. Ini berlaku kerana beberapa ahli SSU yang sedia ada tidak dapat memberi full komitment kepada group ketika itu seperti kerja, duit, masalah peribadi dan masih belajar(student).  Kelemahan itu makin ketara kerana majoriti ahli SSU pada ketika itu adalah anak perantau (warga kota) yang merantau di KL mencari rezeki. Dengan permintaan yang ramai untuk SSU ke stadium ipoh setiap kali perlawanan seakan membunuh kami yang tidak dapat memenuhi permintaan itu. Adakah ia masalah yang terbesar buat SSU? Belum lg.. ada sebilangan kecil ahli pada masa itu yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk turun ke ipoh demi permintaan silvermania yang ketaksuban bersama SSU dan perak yang dicintai. Siapakah mereka??? Hanya mereka sahaja yang tahu.


Salah 1 faktor berjayanya SSU ini adalah dengan mengadakan aktiviti komplot atau “SSU Meeting” membincangkan perkara-perkara serta idea yang akan diketengahkan supaya setiap yang dirancang berjalan dengan lebih lancar dan teratur.


Berkembang: “bagaimana kita nak kembangkan SSU ni lagi? kalo kita tak turun ipoh xde orang la nak handlekan SSU kat sana. Tak kan nk tunggu game kt KL je” perkara ini la yang bermain difikiran ketika itu untuk kembangkan SSU. Dengan kelebihan yang dikurniakan Allah S.W.T,  SSU mengadakan komplot(meeting) untuk membincangkan tentang perkara ini. Alhamdulillah dengan idea dan hasil perbincangan SSU telah bersepakat untuk mewujudkan dan menguatkan home based di stadium keramat dengan ditunjangi oleh beberapa saudara kita di Ipoh antaranya Ahmad Durrah(Capo 3rd Gen), Muhammad Ramdhan(pandir), Syeril Azraai(Ash), Syamim(The Legend), Syafiq Ali, Ray Rizuwan, Izuan(Tulang), Muhammad Pali, Chandra, dan lain-lain yang berkorban demi perjuangan kita bersama. Kewujudan Home Based ini seiring dengan idea SSU untuk mengembangkan dan menguatkan lagi Silvermania di Ipoh serta menarik lebih ramai anak-anak muda untuk diseru dan menjadi taksub. SSU juga telah melantik beberape perwakilan dikalangan silvermania di setiap daerah-daerah di Perak untuk bersama-sama SSU menarik minat penyokong Perak untuk menyertai dan mengetahui tentang kewujudan budaya ini serta matlamatnya. Alhamdulillah sekali lagi, dengan kepercayaan yang diberi serta tanggungjawab yang dipikul oleh seluruh keluarga Silvermania yang diamanahkan, SSU telah pun berkembang dengan pesat dan pantas.

home based SSU


Home Based SSU di ipoh

2011: Pada 2011 adalah tahun yang drastic untuk budaya ultras dan SSU. Selepas kejohanan piala AFF Suzuki Cup yang dijuarai pasukan Malaysia. Budaya ultras pada ketika itu seperti cendawan yang tumbuh selepas ujan. Bak kata pada ketika itu semua peyokong-penyokong bola sepak di Malaysia mengaku dirinya sebagai Ultras. Kerana pada ketika kejohanan itu la kewujudan dan kelibat budaya ini mula dipandang serta meniti dibibir-bibir masyarkat terutamanya penyokong bola sepak Malaysia. Media juga banyak memainkan peranan dengan menengahkan tentang fahaman budaya “ultras” ini kepada masyarakat Malaysia tentang apa yang dibawa kumpulan ini ketika berada di stadium dan cara sokongannya. Ini serba sedikit dan secara langsung memberi kesan kepada SSU untuk mengembangkan budaya dan group ini kepada masyarakat  kerana segelintir penyokong perak sudah mengetahui apakah matlamat dan cara sokongan yang dibawa oleh SSU. Malahan perkembangan budaya ultras ini tidak tearah kepada SSU sahaja, di setiap negeri-negeri juga telah wujud group ultras ini dengan pesatnya membawa 1 matlamat dan misinya yang tersendiri demi pasukan mereka yang disokong dan dicintai.


media memainkan peranan tentang penubuhan budaya ultras


Ultras Malaya


SSU berkembang


Alhamdulillah SSU terus berkembang sehingga kini.


Penghargaan
TERIMA KASIH yang tidak terhingga kami ucapan kepada saudara-saudara kami di ipoh dan tidak lupa juga kepada yang sedia ada di KL yang sanggup melakukan apa sahaja demi perak dan SSU. Anda semua Terbaik. Kepada semua Silvermania yang menyertai kami di curva anda semua sangat terbaik salute kepada anda semua. Walaupun SSU bukan la satu kumpulan yang berdaftar dan tiada kepentingan untuk sesuatu perkara tetapi kita harus berasa bangga kerana dengan jati diri yang diterapkan kita semua adalah saudara,kawan, dan pemain ke-12  dalam mewujudkan 1 komuniti penyokong yang bergelar ULTRAS di bumi perak ini.Terima kasih kepada Presiden, Pengurusan Bola Sepak Perak (PAFA) dan Pemain-pemain pasukan Perak yang menerima kehadiran kami. Terima kasih juga kepada FAN-FAN CLUB perak yang banyak berkerjasama dan bersama kami selami ini seperti Seladang Fan Club(SFC), Inter City Firm, SDN,  Yob 4 Ever,  Kelab Peminat Bola Sepak Perak(KPBP), Die Hard Fan, dan lain-lain lagi demi perak.

PENULIS INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN,KATA-KATA YANG KURANG ENAK DAN TELUPA ATAU TERTINGGAL SESUATU DALAM PENCERITAAN INI HARAP DIAMPUN.


For girls outside there dont be afraid with us coz we also have silverangle n muslimah in our curva.

sumber :  http://silverstateultras.com/?p=1650

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dont mess with the yobs

anakmemberontak berkata...

memang terbaik, antara yang paling berani di Malaysia..selalu mengoyakkan mental dan menganjingkan pasukan dan penyokong lawan di tempat lawan demi membantu pasukan kesayangan, Perak...memang terbaik dan paling berani setakat nih di Malaysia..saya amat berharap barisan ini dapat menjadi barisan hadapan penyokong Malaysia suatu hari nanti apabila Malaysia bertemu Indonesia di Jakarta...biar mereka tahu yang kita orang Malaysia juga punya baka yang berani dan boleh mengoyakkan mental serta menganjing pasukan mereka..bukan kita sahaja selalu dicemuh...kerana setakat ini yang saya lihat mereka inilah yang paling terbaik dan paling berani di antara penyokong-penyokong yang lain...yang boleh mengegarkan tempat lawan..akhirnya lahir juga orang-orang yang berani menggegarkan tempat lawan sekaligus mengoyakkan mental pihak lawan di tempat lawan sendiri...syabas!! :-)

zurfika shash berkata...

SSU ADALAH ULTRAS PALING DI HORMATI DI KALANGAN ULTRAS DI MALAYSIA..

Tanpa Nama berkata...

juga dilupa..... Boys Of Straits ( B.O.S since 2010)


https://www.facebook.com/photo.php?v=267043486768721&set=vb.150583211748083&type=2&theater

Tanpa Nama berkata...

Dah la B.O.S . Korank masih bru tp dah berani ckp kebanyakan ultras tiru korank. Watdehel. Aq lebih respect ultras lain, dr B.O.S yg bru stngah jagung.

Tanpa Nama berkata...

tiru meniru tu dah tradisi org malaysia..sampai adat pun dah sama dgn indon..gua bkn nk cakap ape, BOS tu org johor, dr sejarah, majoriti org johor mmg asal usul indon..kalo berani tu mmg ramai dr darah indon..termasuk org selangor,perak,n9..kalo nk banggakan keberanian pahlawan tiap negeri kecuali kelantan, yg lain2 tu majoriti drg tu pun darah indon..sejarah dah mcmtu..xsape leh bg jawapan melayu tulen,malaysia ni tmpt asal org asli..askar melaka,sultan berundur pun turun smpai muar mntk tlg..org bugis raja haji pun dr seberang dtg tlg..jd xpyh nk bergaduh..malaysia ni tmpt org asli..kalo tak kenapa ayam hutan,burung wak2 kerajaan xbg bumiputra makan kecuali org asli peribumi..sbb status ramai org dr indon..hahaha

Tanpa Nama berkata...

tiru meniru tu dah tradisi org malaysia..sampai adat pun dah sama dgn indon..gua bkn nk cakap ape, BOS tu org johor, dr sejarah, majoriti org johor mmg asal usul indon..kalo berani tu mmg ramai dr darah indon..termasuk org selangor,perak,n9..kalo nk banggakan keberanian pahlawan tiap negeri kecuali kelantan, yg lain2 tu majoriti drg tu pun darah indon..sejarah dah mcmtu..xsape leh bg jawapan melayu tulen,malaysia ni tmpt asal org asli..askar melaka,sultan berundur pun turun smpai muar mntk tlg..org bugis raja haji pun dr seberang dtg tlg..jd xpyh nk bergaduh..malaysia ni tmpt org asli..kalo tak kenapa ayam hutan,burung wak2 kerajaan xbg bumiputra makan kecuali org asli peribumi..sbb status ramai org dr indon..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...